Monday, November 16, 2009

Aku bukan selayaknya

Sesungguhnya aku bukan selayaknya untuk berbicara tentang cinta dan pengorbanan. Apa yang pernah ku lalukan untuk cinta? Aku lakukan semata-mata hanya dari hati. Kerna aku yakin sekali kata hati dan kata nafsu itu akan menyebabkan keadaan berbeza.

Aku sendiri sebenarnya x mampu nak membuat keputusan yang sebetulnya sekarang. Arfan terletak jaoh sekali di hati. Kukuh dan kuat nya dalam hati ku dengan keizinan dari pencipta ku. Aku bisa membuat keputusan kerana keizinan nya. Aku bisa bersabar dan bertahan atas segala dugaan semua nya atas kasih dan cinta nya Allah kepada ku. Aku berharap, kasih dan sayang ku pada arfan kelak akan mampu menyebabkan aku mampu makin dekat dengan pencipta ku. Walaupun mungkin dia adalah bukan untuk ku tapi aku tetap mendoakan itu bukan penyebab aku semakin jauh dengan penciptaku. Amin...

Aku bersandar hanya pada Mu Ya Allah, Yang Maha mengetahui, hidup, mati, jodoh dan rezeki ku. Aku hanya perlu berusaha. Tapi terus terang ku katakan, jika tentang arfan di bicarakan, aku kaku untuk memberikan apa-apa jawapan sekali pun. Cuma apa yang mampu aku katakan, Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati ku. Kerna walau seribu kata pun aku luahkan untuk menghuraikan nya, tetap tidak mampu untuk mengatakan perasaan ku pada nya.

Aku bersujud hanya pada mu Ya Allah pada tiap kali perasaan rindu ku padanya meragut ketenangan jiwaku. Aku bersujud pada mu Ya Allah pada tiap kali aku luahkan sayang ku pada nya. Aku bersujud pada tiap kali mata ini tidak mampu ku lelapkan barang sesaat tika aku sangat merinduinya. Aku sujud pada mu Ya Allah tika aku tidak lagi mampu meluahkan perasaan walau dengan sesiapapun. Kerna sesungguhnya kau lebih mengetahui apa yang aku rasa, siapa diriku, hati ku dan niat ku. Sesungguhnya di hadapan Mu, aku ada lah manusia yang paling lemah sekali.

seorang sahabat bertanya kepada nabi S.A.W "bagaimana ciri-ciri org yang patut aku dampingi (untuk di jadikan teman)?

Nabi bersabda: " teman yg patut kamu dampingi ialah apabila melihatnya kamu teringat Allah, apabila mendengar kata-katanya bertambah ilmumu, dan apabila melihat amalan-amalan nya lalu kamu teringat dengan akhirat"
"Ya Allah, jika dia jodohkku,
kau permudahkanlah
dan jika dia bukan
Kau jauhkanlah dia dariku

dan jika perasaan ini,
menyayanginya kerana Mu,
Kau bantulah kami
dan jika ia hanya nafsu semata-mata
kau jauhkan dia dari kami... Amin"


No comments: