Tuesday, September 28, 2010

TDB

Banyak perkara tertangguh dalam otak tok yang sik terkeluar. Apa keyboard notebook aku pande nyerap semua yang aku pike kah? Aku tauk, aku benar fragile sekarang. Sik cukup kuat untuk menghadapi apa yang terjadi. Mun nak di ekot hati, mok jak rasa nya aku culik TDB (the dimple boy) ya lari dari sitok. Tapi apa jwak rasanya meninggalkan family nya macam ya ajak nak? Benar aie, aku nang sik suka keadaan hubungan mek orang kinek tok. Dah lah selamak tok aku nang cukup faham betapa fragile nya hubungan mek duak, di tambah gik dengan keadaan sekarang, aku makin lah terpinga-pinga apa keputusan yang aku harus buat.

Tinggalkannya? Ishhhhh! Mun aku ada kuasa benda yalah sik akan pernah wujud dalam hubungan mek duak. Manusia or orang-orang di sekeliling aku senang jak madah tinggalkan nya. Tapi entahlah... aku rasa belom gik mampu aku mok molah mcm ya. Kenak tinggal nya pg Singapore pun dah demam-deman aku di sitok, sik tauk giklah mun kamek orang memang dah sik ada. Memang kamek orang pernah break off sekejap dolok, time ya aku pun kesihatan memang apalah.. Hampir tiap minggu aku kenak pegi nab (untuk orang asma), ndak alah-alah berenti demamlah, selsema lah, sakit palak.

Aku mun boleh nak, aku mok carik sapa yang baca blog aku tok sampei nya pegi ngadu dengan parent TDB hal aku. Bukan aku mok carik gadoh pun. tapi mun boleh aku mok madah dengan nya macam tok "Dah alang-alang gilak ko bait ati madah hal aku dengan parent TDB tok, apa kata ko tolong padah skali yang aku benar-benar sayang dengan anaknya, dan sik pernah terniat di hati aku tok mok main-mainkan hati anaknya. Dan aku berjanji, sekiranya parent nya bernarnya kamek duak teruskan hubungan aku mok jaga nya bait-bait, aku mok sayang family nya macam nie aku sayang dengan family aku. Aku mun boleh sik mok nangga nya sedih-sedih macam sekarang. Tolong jwak padah dengan parents nya, apapun aku sentiasa mok yang terbaik untuk nya. Dan sekiranya parent nya rasa, memang aku bukan yang terbaik untuk anaknya, aku dengan rela hati pergi dari hidup anaknya tapi dengan syarat nya mesti berik peluang dengan aku untuk tunjukkan niat aku."

Selalu aku pike, aku datang dalam hidup TDB tok untuk menyakitkan nya kah atau buat nya bahagia. Adakah nya memang bahagia dengan aku?

Wednesday, September 22, 2010

Berpisah - Bertahan

Kadang-kadang kekuatan bukanlan kekuatan untuk bertahan tapi kekuatan untuk melepaskan

Jadi kesimpulannya? Melepaskan atau bertahan?

Apabila kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu sama lain tapi pihak ketiga tidak bersetuju kami untuk bersama, lalu apa yang harus di teruskan? Bertahan atau Melepaskan? Ambik mudah lepaskanlah.. tapi kesannya diri sendiri tanggung.. bertahan pulak kami bersama tapi tak tahu apa akibatnya selepasnya..

Demi Tuhan, aku mahukan yang terbaik untuknya. Bukan setakat untuk dirinya tapi turut yang terbaik untuk keluarganya. Sebabnya, bila seseorang ya berkahwin, bermaksud nya akan dengan rela hati menerima keluarga pihak isteri/suaminya. Baruklah keluarganya diberkati, InsyaAllah. Tapi apa kes pulak dengan kau tok?

Mun nak di ekot rasa hati, memang mok jak ku redah apa jwak cabaran & dugaan. Sebab aku yakin, hati manusia tok fitrah. Boleh berubah tanpa kita jangka. Dan aku yakin jwak kaseh sayang adalah penawar terhebat kepada hati yang sangat keras & sangat ego. Tapi cukup kuatkah aku untuk menghadapi semua dugaan & cabaran ya kelak?