Friday, September 9, 2011

Siapakah yang curang?

Hairan bila senang kata sayang dan cinta diluahkan. Apa sayang cuma ungkapan yang tidak akan membawa apa-apa makna?

Jika Allah cuma berkata-kata akan sayang dan cinta Nya pada kita umatnya, apa agaknya akan terjadi pda kita. Sedangkan wujudnya kita di bumi Allah ini, kerana sayang dan cinta Allah pada kita. Lalu kenapa anda begitu mudah melafazkan dan akhirnya mencurangi apa yang telah anda perkatakan?

Perasaan adalah sesuatu yang jarang sekali kita dapat kawal, tapi Allah telah menganugerahkan akal untuk berfikir dan menilai kembali apa  perkara relevan yang perlu kita lakukan. Jika anda sudah merasakan tiada ada keserasian maka lepaskan hubungan itu dengan cara yang baik, mohon lah petunjuk dari Nya.

Saya sendiri kurang pasti adakah saya penyebab insan itu berlaku curang, atau saya di jadikan mangsa untuk dia berlaku curang. Tapi mempercayai bahawa keadaan atau setiap kejadian itu tetap akan berlaku walau seluruh alam menahannya dari berlaku, dan sesungguhnya kejadian itu tidak akan berlaku walau seluruh alam berusaha untuk melakukannya. Besar nya Kuasa Allah... Seluruh isi alam ini bergerak di bawah kehendak Nya.. Subhanallah..

Aku serahkan hidup dan mati ku hanya pada mu Ya Allah...

Aku adalah hambamu Ya Allah...