Tuesday, May 22, 2012

Ia memerlukan kerja keras

Perubahan.

Bukan sesuatu yang enteng untuk membuatnya. Perlu daya usaha gigih. Bukan hanya pada permulaan tapi hingga hujung nyawa. Tambahan lagi berubah untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Lama blog ini tidak ditulis dengan apa-apa entry. Bukan tidak beridea tapi mungkin juga Allah belum mengizinkan idea itu di keluarkan. Bukankah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita?


Jujur saya katakan, saya adalah insan yang lemah. Yang kadang-kadang mahu berubah tapi belum mampu untuk berubah. Mengetahui yang saya sangat memerlukan perubahan tapi langkah belum di atur ke arahnya. Menangis sendiri kerana terasa sangat lemah. Menangis sendiri kerana hanya mampu berkata. Menangis sendiri kerana kadang-kadang alpa akan perubahan yang telah di niatkan.
 


Wednesday, May 16, 2012

Writing

I often cry when I write…afterward too. It’s not easy to admit, confront, confess what I do. Perhaps someone who’s been a stripper will understand me. You stand on a lighted stage and drop your clothes. You’re naked. A portion of your audience applauds you because they like what they see; because you entertain them; because you’re beautiful, brave. Another portion seeks out your faults; they find fault with the very thing you do. People judge you.

A long time ago, a writing mentor told me my responsibility as a writer was to say what no one else would. I wasn’t supposed to write clean or polite or safe. I was supposed to get dirty, take chances, write dangerously. In graduate school another mentor asked, ‘If it doesn’t hurt, why are you writing it?’
In other words, writing feels painful sometimes
Alana Noel Voth (via poorlywrittenhistory

Friday, May 11, 2012

Menulis yang menjadi tulisan

Sejak kebelakangan nie macam terasa susah sangat nak menulis. Bukannya tak ada idea nak meulis but i think there's to much to think so finally it end up in my head only hahahaha.

To much to say about, to much to think to about and finally it end up with nothing! Nothing! urrrggggh!

Diari pun saya dah tak tulis, email pun saya dah rasa malas nak balas. Keyboard nie absorb idea saya ke?

Tapi apa-apa pun saya tak berhenti membaca. Reading other blogger, get new idea, knowledge. So saya nak bagi a few link yang memang kerap kali saya kunjungi. Boleh kata dalam seminggu tu memang saya akan baca blog dia nie.

1)  http://saifulislam.com/

Penulis Buku Aku Terima Nikahnya



2) http://zahiriladzim.blogspot.com/

Dia adalah suami kepada Shera Ayob. Pelakon utama kepada drama JUVANA tv 3.




Thursday, May 3, 2012

Nak sendiri pilih ke?

Nak sendiri pilih atau nak mintak mak bapak tolong pilihkan atau mak bapak dah pun pilihkan.

Terpulang. Ikut selera masing-masing.

Mencari pasangan ataupun dalam usaha memilih pasangan saya kira bukan sesuatu yang boleh di ambil secara enteng. InsyaAllah dia yang akan bersama kita di dunia dan akhirat. Bahkan dia juga yang akan kita harapkan untuk bersama melalui segala susah dan senang hidup dan membesarkan anak dan keturunan kita.

Masing-masing punya pendapat sendiri. Ada yang berkeras langsung tak nak mak bapak yang pilihkan, alasan takut tak serasi dengan jiwa, tak de cinta macam mana nak kahwin?

Oklah cik kak tak kisah. Tapi kepada yang langsung tak nak pilih? Tak apalah. If the relation doesn't help you to be better mungkin ada baik nya to stay single right?

Jodoh itu ketentuan. Tapi mencari jodoh itu pun perlu. Kena ada usaha dalam mencarinya kepada yang benar ingin berkahwin kerana Allah. InsyaAllah usaha mencari jodoh itu juga mendapat pahala kerana kahwin itu juga adalah ibadat.

Sebenarnya kalau tanya saya sendiri saya lebih suka mak saya pilihkan tapi dia tak nak. Hahahaha katanya lebih baik saya sendiri pilihkan, saya yang akan hidup dengan pilihan saya tu so sendiri kena carik lah! hahaha Cuma yang sentiasa menjadi pesanannya untuk saya, sesiapapun yang saya pilih dia tak perlulah ada harta berjuta tapi cukup makan pakai pelajaran anak dan tak adalah sampai nak merempat. Ada ilu agama yang boleh bimbing saya yang super duper nakal dari kecil sampai besar nie! hahaha :P Yang sayangkan saya, yang akan jaga saya mcm mana dia jaga saya dari kecil sampai besar, she said that's the best choice. Nabi Muhammad pun pesankan, "Bersederhana adalah yang terbaik"

Saya, insyaAllah dah pilih. Anda dah pilih ke?