Tuesday, May 22, 2012

Ia memerlukan kerja keras

Perubahan.

Bukan sesuatu yang enteng untuk membuatnya. Perlu daya usaha gigih. Bukan hanya pada permulaan tapi hingga hujung nyawa. Tambahan lagi berubah untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Lama blog ini tidak ditulis dengan apa-apa entry. Bukan tidak beridea tapi mungkin juga Allah belum mengizinkan idea itu di keluarkan. Bukankah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita?


Jujur saya katakan, saya adalah insan yang lemah. Yang kadang-kadang mahu berubah tapi belum mampu untuk berubah. Mengetahui yang saya sangat memerlukan perubahan tapi langkah belum di atur ke arahnya. Menangis sendiri kerana terasa sangat lemah. Menangis sendiri kerana hanya mampu berkata. Menangis sendiri kerana kadang-kadang alpa akan perubahan yang telah di niatkan.
 


No comments: