Nak sendiri pilih atau nak mintak mak bapak tolong pilihkan atau mak bapak dah pun pilihkan.
Terpulang. Ikut selera masing-masing.
Mencari pasangan ataupun dalam usaha memilih pasangan saya kira bukan sesuatu yang boleh di ambil secara enteng. InsyaAllah dia yang akan bersama kita di dunia dan akhirat. Bahkan dia juga yang akan kita harapkan untuk bersama melalui segala susah dan senang hidup dan membesarkan anak dan keturunan kita.
Masing-masing punya pendapat sendiri. Ada yang berkeras langsung tak nak mak bapak yang pilihkan, alasan takut tak serasi dengan jiwa, tak de cinta macam mana nak kahwin?
Oklah cik kak tak kisah. Tapi kepada yang langsung tak nak pilih? Tak apalah. If the relation doesn't help you to be better mungkin ada baik nya to stay single right?
Jodoh itu ketentuan. Tapi mencari jodoh itu pun perlu. Kena ada usaha dalam mencarinya kepada yang benar ingin berkahwin kerana Allah. InsyaAllah usaha mencari jodoh itu juga mendapat pahala kerana kahwin itu juga adalah ibadat.
Sebenarnya kalau tanya saya sendiri saya lebih suka mak saya pilihkan tapi dia tak nak. Hahahaha katanya lebih baik saya sendiri pilihkan, saya yang akan hidup dengan pilihan saya tu so sendiri kena carik lah! hahaha Cuma yang sentiasa menjadi pesanannya untuk saya, sesiapapun yang saya pilih dia tak perlulah ada harta berjuta tapi cukup makan pakai pelajaran anak dan tak adalah sampai nak merempat. Ada ilu agama yang boleh bimbing saya yang super duper nakal dari kecil sampai besar nie! hahaha :P Yang sayangkan saya, yang akan jaga saya mcm mana dia jaga saya dari kecil sampai besar, she said that's the best choice. Nabi Muhammad pun pesankan, "Bersederhana adalah yang terbaik"
Saya, insyaAllah dah pilih. Anda dah pilih ke?
No comments:
Post a Comment