Wednesday, February 22, 2012

Saya seorang isteri

Belom lagi. Setakat ni saya belom lagi bergelar isteri dan jauh sekali bergelar seorang isteri. Tapi untuk masa hadapan Insya-Allah... dan mudah-mudahan Allah mempermudahkan segalanya. Amin...

Agak-agaknya seronok tak kalau kita di lamar?

"Awak nak tak jadi isteri saya? Susah dan senang bersama saya?" 

Gila tak nak? Bukan itukah ayat yang selama-lama nie para perempuan-perempuan tunggu? 

Maka banyak jugalah pesanan-pesanan. 

"Kalau nak cari suami kenak carik yang beriman, yang mampu membimbing kamu dan anak-anak, yang dapat menjadi ketua keluarga. Yang dapat bla bla bla..." 

Ya Allah banyak pesanan, sampai tak tahu yang mana satu nak diikut.
Terima kasih kepada yang mengingatkan. Bermakna mereka menyangi kamu dan mahu yang terbaik untuk hidup kamu. Maka bersyukur untuk itu walaupun itu dah yang dah keseratus kali kamu dengar. 

Tapi percayalah, kalau nak bercakap tentang perkahwinan pokok pangkalnya adalah dari diri dan hati sendiri. Perkahwinan yang macam mana kamu idamkan? Yang nak berharta? Punya aset berjuta? Atau yang muka nya lawa? Ala-ala artis K-Pop, mata sepet kulit putih melepak. Atau yang macam Pak Arab hidung mancung berbadan sasa. Atau nak yang tinggi ilmu agamanya, pakai kopiah sepanjang masa. Atau nak yang biasa-biasa, kapcai pun tak apa. Pilihan tetap kamu yang punya kuasa. Kerana yang baik buruknya adalah diri sendiri yang terima. 

Sebelum mahu menilai orang lain, sebelum mahu menilai kriteria yang macam manakah suami idaman maka nilailah diri sendiri. Benarkah kamu mahu hidup sepanjang usia bersama mereka. Sebelum menunding jari ke para bakal suami, tundinglah 5 jari itu kepada diri. 

"Adakah benar, aku mahu hidup bersama si polan bin si polan? susah senang bersama? Melalui liku-liku hidup sampai syurga? Sebelum dia mampu bersabar dengan karenah aku, mampukah aku untuk bersabar dengan segala kekurangan dirinya? Betulkan diri ikhlas menerima dia? Bukan semata-mata kerana kebaikannya? Bukan semata-mata hartanya?" 

Kadang-kadang manusia terlepas pandang. Sibuk nak cari suami mithali tapi keburukan diri tak diperbaiki. Sibuk nak kata suami kena pandai ni, suami kena tahu nie, suami kena tahu tapi diri sendiri tak nak pulak carik ilmu. Wahai kawan-kawan, perkahwinan itu tanggungjawab terletak di kedua-dua belah pihak. Mendidik anak tugas suami dan isteri. Bukankah tugas isteri memudahkan tugas si suami? Dah tu semua kerja dan tanggungjawab letak kat bahu suami. Tanggungjawab suami tu dah memang besar, kita tambahkan lagi dengan pelbagai bebanan. Nanti suami je yang dapat title "Suami mithali" dah tu isteri? Dapat title "Pengarah itu dan ini" 

Penulis buku, Aku Terima Nikahnya Usz. Hazrizal bin Jamil pernah mengatakan dalam buku nya... 

"Perkahwinan kena lebih banyak memberi dari menerima" 

Jadi kalau tak sedia lagi jadi pemberi simpankan dulu hasrat nak kawen tu. Nanti kelam kabut jadi nya.

Relation should make you be a better person, if it is not think bout the relation again. 

4 comments:

Jue Clair said...

i like the last quote in regards of relationship :)

Nur Affa said...

it is from observation, and experience.

hamba ALLAH said...

sometime kita xperlu terlalu struggle utk dpt apa yg kita expect...cuma bila kita dpt kita harus bersyukur n try to accept apa adanya dia...

Nur Affa said...

YUP! i'm absolutely agree nang kita knk bersyukur. Tapi still kenak improve diri to be better n better. Kenak ada usaha tapi hasilnya biar lah Allah tentukan :P