Sunday, May 31, 2009

wat should i called it?

miss u like hell, but then u never know how much i miss u and love u. stupid or idiot? love someone who never be mine? even how many times i told you how much i love but soon or later there's nothing gonna happen between us.

Wednesday, May 20, 2009

stuck or stick?

i stuck on you but should i stick on you?

Monday, May 11, 2009

Memilih sangat ke?

Wanita bekerjaya gah… akan lambat kahwin. Kedengaran ayat yang agak klise. Gerun? Mungkin ada yang terasa seram sejuk. Tetapi saya percaya ramai yang tidak ambil peduli. Punyai kerjaya yang bagus. Bergaji lumayan, berkereta besar, mampu membeli apa yang mereka inginkan. Punyai ramai kawan untuk berlibur. Bebas untuk melangkah kesana sini tanpa siapa pun melarang. Saya tidak kata yang sudah berkahwin itu terkongkong dan terpenjara. Cuma kalau orang kata berumah tangga itu banyak nikmat nya tapi saya juga boleh kata yang single turut banyak nikmat nya. Ada perempuan yang tidak ingin kawen sebab terlalu sayangkan untuk tinggalkan hidup nya yang enjoy. Ramai pula yang tidak mahu kawen kerana belom menemui sang jejaka pujaan hati.

Terlalu memilih… mungkin jawapan nya ya.. sebab seorang yang aku panggil suami bukan saja ia menjaga aku tetapi juga akan menjaga seluruh keluarga kami. Kriteria nya?

Kalau boleh saya nak lelaki bujang yang lebih tinggi dari saya. Tidak perlulah muka nya sehensem jonny depp kerana saya bukan lah cantik sangat pun. Suka pada yang berhidung mancung dan ada gaya maskulin. Senyuman biar boleh mendebarkan dada. Berkulit agak cerah dan punya mata yang boleh menyebabkan hati terasa sejok pabila memandang ke dalam matanya. Rambut nya tolonglah kemas tapi janganlah minyak rambut dan gel kelihatan seperti menempel berkilat. Kulit muka biarlah bersih.

Dari segi penampilan, saya kurang gemar pada jejaka yang menyarung slack dan menyisipkan kemeja T ke dalam baju. Umpama zaman P Ramlee tatkala memikat Saloma d tepi tasik. Cukuplah sekadar jeans atau Bermuda dengan t shirt berkolar. Nampak segak dan macho. Pandai membuat lawak dan jenaka membuatkan saya senang tatkala bersama. Tetapi bukanlah sentiasa banyak cakap sehingga saya pening.

Calon suami saya tolonglah jangan merokok. Kerana saya tidak mahu pergi ke klinik setiap hari akibat asthma disebabkan asap rokok. Tambahan pula saya mahu hidup lama bahagia di samping suami saya yang sihat. Udara yang bersih penting untuk tumbesaran anak2 kami nanti.

Saya tak pernah kisah apa kerja lelaki itu tapi apa yang penting mestilah halal. Rezeki yang tidak halal apabila di makan akan menjadi darah daging yang busuk. Yang penting dia sentiasa bekerja keras untuk memajukan hidup. Ada usaha untuk menjadi yang lebih baik dalam hidup sebab saya punyai segunung impian. Kerjalah apa sahaja dengan bersungguh2 pasti karisma lelaki itu akan terserlah sendirinya. Ada orang yang mahu lelaki bijak sahaja seperti doctor, jurutera. Saya rasa, saya tidak kisah sebab kebijaksanaan lelaki itu terletak pada bagaimana dia menguruskan hidup, punyai cita2 yang tinggi dan cuba menggapai cita2 itu.

Saya mahu lelaki yang menghormati org tua **tapi mungkin saja bukan anak emak** org sekelilingnya dan juga isterinya. Kerana lelaki seperti ini boleh beralah atas situasi tertentu dan sangat tegas dlm situasi tertentu. Dengan kata lain dia juga mesti berpendirian tegas. Dan pendirian itu bialah benar. Jelas… ego nya dilampiaskan pada tempat yang betol.

Saya benci dan sebenarnya saya sangat takut pada lelaki yang panas baran. Sebab mungkin sudah terbiasa dengan ayah kerana dia sangat penyayang org nya. Lelaki yang di ciptakan Tuhan punyai sembilan akal dan 1 nafsu sepatutnya pandai menahan amarah. Sepatutnya sabar menghadapi plot-plot hidup yang menekan. Yang paling-paling penting jangan sesekali mengangkat tangan membelasah wanita. Sedangkan ayah saya sekalipun tidak pernah mengangkat tangan memukul saya dan kakak. Saya tidak mahu lelaki yang lokek. Nak makan pun berkira. Kejutan? Boleh dan saya memang sukakan kejutan tetapi bukan lah yang jiwang karat. Kata2 perayu memujuk yang sampai berbelit belit lidah tidak lut buat saya.. ‘sorry ya mat romeo’ saya rasa saya lebih sukakan lelaki yang agak kelihatan menggelabah apabila mengurat perempuan, nampak cute sangat.

Rasa2 nya saya memilih sangat ke? Dan sebelum itu, yang paling penting dan sepatutnya senarai teratas, dia mesti cintakan saya sedalam2 nya dan boleh buat saya jatuh cinta padanya. Soalan nya, adakah wujud lelaki seperti yang tersarai d atas? Sudah tentulah ada. Kerana saya sudah pun menjumpai nya. Tapi dia sudah pun punya kekasih hati maka terpaksalah saya mencari dan menunggu org yang lain.. Yakinlah… akan ada org yang sebegitu untuk saya :D

Eh! Disember 2007 [sesetengah nya dah d edit]

Friday, May 8, 2009

let me dear

let me love you until this feeling, let me treat you the best i could, let me miss you as much i would...

Thursday, May 7, 2009

did i marry the right person?

intrend nov 2008

semua perhubungan tak kira berkahwin atau pasangan yang sedang bercinta punya KITARAN yang adil. Pada awalnya, kamu jatuh cinta, semuanya seakan indah, ada yang sukar melepaskan handphone dari genggaman dan tiap kali aktiviti dilaporkan. Menunggu sms masuk dan kala ringging tone si dia berbunyi, kamu teruja bukan kepalang. "mencintai seseorang itu memang mudah" kita mula tertarik kepada senyuman, gaya si dia berjalan, dan banyak hal lagi. Menakjubkan!!! ada pula yang cakap besar tidak akan jatuh hati pada sekiankian sifat namun kala terkena tamparan hebat terus di buai rasa.
Tidak tahu bagaimana ia terjadi, namun ia berlaku umpama kurang daripada sesaat jam berdetik. Selang beberapa tahun, euphoria cinta mula kabur. Cinta yang mekar mulai kuncup seperti bunga yang kering dan layu. IT's A NATURE!! Slowly but surely... Lihatlah pada peringkat awal percintaan yang hangat kini menjadi hambar. Saat ini kamu mula menyoal hati "Adakah aku mengahwini pasangan yang betul?" "Adakah dia insan yang terbaik untukku?" Pernah dahulu kamu kecapi cinta yang agung dan kini mula teruja merasainya kembali. Ya, bersama insan lain. Jika perkahwinan kecundang, mulalah masing-masing menunding jari dan mencari keseronokan d luar rumah.

Adilkah mencintai pasangan selain dari pasanganmu? Buat seketika kamu rasa puas dan gembira. Tunggulah untuk tahun-tahun yang akan datang, hadapilah perkara yang sama berulang kali kerana ingatlah "Kunci suatu hubungan bukan terarah kepada pencarian insan yang terbaikk untuk kita, sebaliknya belajar mencintai dan menyayangi insan yang telah kita temui dan yang kita ada"

Make no mistake about it. CInta bukan misteri. Cinta hadir diikuti rasa, cuma kalanya kita sukar menggambarkannya dengan kata-kata. Terlalu asyik hingga sanggup menggadaikan segala-galanya. Tuhan menentukan siapa yang bakal hadir dan larut dlm hidupmu. Namun kamu jua yang harus memutuskan siapa yang perlu tinggal dan siapa yang tidak mahu kamu lepaskan.

Luangkan masa, fikirkan sedalamnya. Sesuatu perhubungan itu memerlukan keputusan dengan bijak. Jangan terburu2! Ambil masa sebanyak2 nya jika kamu masih keliru membuat keputusan atau masih tidak yakin pada diri sendiri bahawa kamu mampu meningglakan dan menjauhinya. Jika rasa itu MASIH KUAT segera KEMBALI kepadanya. Jangan pernah lakukan kesilapan, bertangguh, menyesal pada penghujungnya.

coretan pertama

all bout love will discuss here.. i will put info i get from books, magazine, people n myself as well. to share with all of u guy out there :D love is all around us