Thursday, May 7, 2009

did i marry the right person?

intrend nov 2008

semua perhubungan tak kira berkahwin atau pasangan yang sedang bercinta punya KITARAN yang adil. Pada awalnya, kamu jatuh cinta, semuanya seakan indah, ada yang sukar melepaskan handphone dari genggaman dan tiap kali aktiviti dilaporkan. Menunggu sms masuk dan kala ringging tone si dia berbunyi, kamu teruja bukan kepalang. "mencintai seseorang itu memang mudah" kita mula tertarik kepada senyuman, gaya si dia berjalan, dan banyak hal lagi. Menakjubkan!!! ada pula yang cakap besar tidak akan jatuh hati pada sekiankian sifat namun kala terkena tamparan hebat terus di buai rasa.
Tidak tahu bagaimana ia terjadi, namun ia berlaku umpama kurang daripada sesaat jam berdetik. Selang beberapa tahun, euphoria cinta mula kabur. Cinta yang mekar mulai kuncup seperti bunga yang kering dan layu. IT's A NATURE!! Slowly but surely... Lihatlah pada peringkat awal percintaan yang hangat kini menjadi hambar. Saat ini kamu mula menyoal hati "Adakah aku mengahwini pasangan yang betul?" "Adakah dia insan yang terbaik untukku?" Pernah dahulu kamu kecapi cinta yang agung dan kini mula teruja merasainya kembali. Ya, bersama insan lain. Jika perkahwinan kecundang, mulalah masing-masing menunding jari dan mencari keseronokan d luar rumah.

Adilkah mencintai pasangan selain dari pasanganmu? Buat seketika kamu rasa puas dan gembira. Tunggulah untuk tahun-tahun yang akan datang, hadapilah perkara yang sama berulang kali kerana ingatlah "Kunci suatu hubungan bukan terarah kepada pencarian insan yang terbaikk untuk kita, sebaliknya belajar mencintai dan menyayangi insan yang telah kita temui dan yang kita ada"

Make no mistake about it. CInta bukan misteri. Cinta hadir diikuti rasa, cuma kalanya kita sukar menggambarkannya dengan kata-kata. Terlalu asyik hingga sanggup menggadaikan segala-galanya. Tuhan menentukan siapa yang bakal hadir dan larut dlm hidupmu. Namun kamu jua yang harus memutuskan siapa yang perlu tinggal dan siapa yang tidak mahu kamu lepaskan.

Luangkan masa, fikirkan sedalamnya. Sesuatu perhubungan itu memerlukan keputusan dengan bijak. Jangan terburu2! Ambil masa sebanyak2 nya jika kamu masih keliru membuat keputusan atau masih tidak yakin pada diri sendiri bahawa kamu mampu meningglakan dan menjauhinya. Jika rasa itu MASIH KUAT segera KEMBALI kepadanya. Jangan pernah lakukan kesilapan, bertangguh, menyesal pada penghujungnya.

No comments: