Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....
5 comments:
Teringat dgn peribahasa tok:
1. Mendengar guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan.
2. Burung terbang dipipiskan lada.
3. Memandang bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi.
* begitulah peribahasa melayu yg penuh dgn pengertiannya...semoga kita dapat memanfaatkannya.
Bagaimana jika kesilapan yang berlaku tidak disengajakan adakah ianya tegolong dalam "jika"...
prof. njawab...la
kak lili apa maksud burung terbang dipipiskan lada? doh2 nyesal ku x blaja BM bena2 dolok time skolah.
Jika melakukan kesilapan yang tidak d sengajakan maka boh lah ngulang agik ya cikgu mek psan dolok lah
Owh Effa,
Menjawab kpd pertanyaan kitak ya, "Burung terbang dipipiskan lada" maksudnya apa2 perkara jgn diconfirmkan dolok lah...mcm burung tek ndak nya lom ada di tangan gik, lom di sembelih gik, kita tek lalu nak bayangkan yang kita nak polahnya k soup. Cam yalah perumpamaannya.
Apa2 pun tok sekadar peribahasa, sikda maksud lain untuk yg hidup mahupun yg akan dan telah meningga dunia. Renung2kan!!!
owhhh hihi so mek ada blaja benda baru, bagus hihihi tapi mek gik coba mengaitkan peribahasa dengan artikel ya hahahaha mek slow sikit bahasa2 pernah fail BM tuuuuuuuu muahahahaa
Post a Comment