Wednesday, March 9, 2011

Dari kisah si Jimmy (host af8)

"Doakan yang terbaik untuk saya" -Harian Metro Rabu, 9 Mac 2011

Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk Jimmy [Jimmy Norjahan Salleh]

Aku bukan nak cerita perihal rumha tangga Jimmy dan isteri nya. Aku bukan kaki gosip ok! Tapi apa yang aku nak sampaikan kali ini tentang perasaan terhadap orang yang kita sayang. Cinta.... Apa yang boleh di tafsirkan dari CINTA? Bila cinta datang sanggup berkorban jiwa dan raga, sanggup susah dan payah bersama tapi kenapa begitu mudah Cinta itu berlalu pergi. Cinta yang di cari akan pergi (Cuti-cuti Cinta) Tapi kalau tak cari adakah cinta itu akan datang menemui kita?

Perasaan di tinggalkan orang yang kita sayang memang susah nak sembuh, samaada dia pergi kerana menumi Tuhan-Nya, ataupun kerana berjumpa dengan CINTA baru, ataupun dah tak serasi tapi dah bertahun bercinta. Cinta yang pergi kerana Tuhan-Nya memang kita tak boleh nak komen, tapi cinta-cinta yang lain nie apa kes pulak? Dah bertahun bercinta, dah beribu duit habis tengok wayang [antara sebab David Teo kaya raya], petrol kreta dah berpuluh-puluh liter habis sebab nak bawak kekasih jalan-jalan eventually break up macam tu jer? bercerai macam tu je? Setakat bercouple agak nya sedih pun, awak maseh kira beruntung lagi sebab tak kawen lagi ok. Yang dah kawen nie? Tak ke lagi sedih? Dah share satu katil yang kecik tu sama2 [yang kaya lain cite lah] kadang-kadang tak de katil, tilam je ade ha itulah yang di share setiap hari bertahu-tahun tiba-tiba bila ade rezeki lebih datang, dah dapat beli katil terus nak tinggalkan orang yang susah payah dengan kita? patut ke bang? patut ke kak? Yang saya cerite nie tak masuk kes kaki pelempang laki or bini ok!Tu aku tak nak komen Ermmm pelik aku tengok dunia sekarang nie...

Nie aku nak tinggal sikit pesanan lah kepada sudara dan saudari, tuan dan puan. abang dan kakak dan sesiapapun lah termasuklah aku sendiri... Kalau benar CINTA yang kita pernah ada itu tiba-tiba hilang dari dalam hati kita maka berbincanglah secara elok dengan bekas orang yang tersayang kita tu, sentiasalah berdoa yang terbaik untuk kedua-dua pihak, janganlah nak pentingkan perasaan sendiri jer, jangan tipu bekas orang yang kita sayang tu, kerana dengan menipu nya, akan lebih menambah kesakitan, dah kalau dia dah kata dia dah tak sayang tu jangan lah paksa pulak yer! adelah tu orang yang lebih baik dari dia, Kalau pun kita yakin yang dia memang milik kita, InsyaAllah cepat atau lambat dia akan milik kita juga.. Apepun banyak-banyaklah berdoa... Kerana hati dan perasaan ini rahsia Ilahi.. Hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua...


Sometimes you have to be apart from your LOVE one, but doesn't make you LOVE them any LESS, Sometimes you LOVE them MORE

2 comments:

FurBall said...

effa!!!!jadi penggosip!!ahahaha

Nur Affa said...

hahaha adalah jwak sikit!! hahaha shh rahsia kita 2 ajak :P