Well, balik kepada cerita sedih aku nie tadi... Perasaan nie kan susah kan kite nak agak.... hari ni boleh lah kate tak suka, kata tak kisah tapi esok-esok tak tahu lagi. Itulah... nama pun manusia kan? Bila aku text tapi dia tak reply, i call dia tak angkat sapa cakap aku tak sedih. Sedih sebenarnya cuma tak leh nak merengek macam dulu... Pak we orang kot! GILA ape! Aku tak delah nak tujuan apepun tulis nie, saje je nak luah kan perasaan sedih nie jer. Yelah dah tak de kawan kan? Jadilah blog nie kawan aku. Bukan aku tak de kawan, tapi aku malas nak cite dengan sesape, nanti bosan pulak kawan-kawan aku dengar asyik cakap rindu dia jerrr. Blog tak pandai komplen lagi satu,. dugong aku pun tak pernah komplen. Walau semua kawan-kawang aku yang mengenali dugong *husna kata ikan basi* [c*****k] betul tapi itulah sebab aku sayang sangat dengan dugong terdampar itu. Sebab hanya dia lah tempat aku mengalirkan air mata kalau mata aku nie dah tak larat nak tampung hujan. Kalau tak de teman tido macam dulu-dulu maklumlah adik beradik aku nie tak banyak, so setiap sorang akan dapat bilik sendiri, so kena tido sorang, dugonglah yang temankan aku tido. Time hujang yang sangat lebat di tambah kilat dan guruh yang menakutkan hanya dugonglah peneman setia.
Kira-kira rupanya dah lebih setahun aku terbiasa ada dia. Ada orang tolong tiupkan makanan yang panas. Lidah aku nie sensitif tahap gaban sikit, memang tak leh nak telah makanan yang panas, even orang lain kata dah tak panas, lidah aku still tak leh terimak kalau makanan tu tak cukuo sejuk. Bukan sengaja nak buat-buat manja tapi dah fitrah aku macam tu tak leh nak kata apa. So sekarang memandangkan tak de orang yang aku sejukkan makanan aku lagi aku buar solution dengan mempraktiskan ledah aku dengan minum minuman yang panas, aku letak dalam tumbler *yang boleh tahan panas, tumbler nie boleh beli d COSWAY, murah jer.. RM 16 kalau ali* Nie lah salah satu jara yang aku belajar balik untuk independent. Nanti tak delah kenak tunggu dengan lamanya makanan tu nak sejuk. Tapi sebenarnya tak delah berjaye sangat pun. Hari-hari pun aku buat, tak de nyer lidah aku nie. Melecur pun melecur lah.. Malas nak layan manja lidah aku nie.
Semalam aku temankan housemate aku nie pergi Guardian. Terasa sedih pulak, yelah tu tempat wajib setiap bulan kite orang nak beli toiletries. Masuk-masuk jer sana rasa macam sedih sangat, tak tahu kenapa. Tapi yelah sedar kot kali nie aku tak pergi dengan dia dan tak akan pergi lagi dengan dia kot. Dan tiba-tiba macam tak de barang nak beli, padahal sebelom-sebelom nie tak boleh tengok Guardian ade je yang tak cukup kat rumah. Btw itu menjimat kan duit, tapi itulah yang buat aku mengakui kata-kata mak aku yang tersayang. Dia selalu pesan, "Buat ape duit banyak kalau hati tak bahagia? tak kisah berapa banyak duit yang kita ada yang penting bahagia, kalau duit sikit pun, pandai belanja dan ada orang buat kita bahagia itu lebih baik" Well betulalah tu.. aku pernah baca kata-kata yang lebih kurang macam nie lah maksudnya "Tak kisah wat u server for dinner, tapi apa yang pentingn with whom you the dinner" Kemewahan sik menjamin apa jika hati sik bahagia. Pengajaran untuk aku jwak.. MONEY is NOT everything! It is important but doesnt mean tanpa duit yang banyak kau tak dapat nak hidup bahagia. Kadang-kadang dengan kesempitan buat kita lebih menghargai.
Walau macam mana sedih pun dalam hati ini aku akan tetap control ayu biarlah dalam hati aku seperti ribut taufan yang penting tak de orang yang tahu. Dan pengajaran yang aku dapat, kalau korang tok berkaseh tak de salah nya, tapi kena pastikan mak bapak kedua-dua belah pihak approve. Kalau niat tu betul, jumpa je skali dua terus lah bawak jumpa mak bapak, nanti tak delah dah bertahun berkaseh then mak bapak baru find out tup tup tak approve nahas! Kan dah jadi macam aku, tu lah yang namanya menangis tak berair mata. Kalau mak bapak yang jenis OK jer tak pe... siap buat tag celcom lagi "the power is in your hand" itu tak kisah, tapi kalau anda-anda tu tahu mak bapak korang jenis yang macam mana pandai-pandai adjust sendirilah ye. Nanti jangan pulak padan muka macam aku. Yang sakit hati sendiri bukan hati mak bapak kita. Kalau dapat tahan sakit hati tak pe kalau tak tahan, tup tup lepas tu meroyan kuching, tak ke payah. Bukan apa aku kata penting jumpa mak bapak, sebab keberkatan kita pun datangnya dari keberkatan ibu bapa, kalau mak bapak dah tak berkat macam mana tuhan nak berkat? Kalau mak bapak tak berkat sampai kita dah beranak pinak nanti anak-anak pulak tak dapat berkat nenek dan atoknya, tak ke payah macam tu? Nanti jangan pulak kita nak salahkan anak-anak tak dengar kata lah, apalah, itulah salah satu puncanya. Sebab itulah dari aku memikirkan perkara yang lebih teruk baik lah teruk sampai sini sahaja, Jodoh, maut rezeki semua di tangan Tuhan. Kalau ia berkehendakan sesuatu itu terjadi begitu, sapa kita mengkehendakinya berlaku begini?
Be strong now, because things will get better, it may be stormy now but it can't rain forever
He may not see me i'm hurt,
He may not see my cries,
but everytime he acts he don't care.. i die inside
No comments:
Post a Comment