Thursday, March 17, 2011

Samdong

Dia sebenarnya satu watak yang di lakonkan oleh Kim Soo Hyun dalam drama bersisir Dream High yang di tayangkan di Astro channel 391. Secara ringkasnya, drama ini mengisahkan kegigihan pelajar-pelajar Kirin Art dalam mengejar impian masing-masing and of course lah tak boleh nak lari dari kisah percintaan. Ala biasalah lah kan? Kalau tak bercinta memang boleh, tapi sebenarnya hidup tak lengkap tanpa cinta. Tak percaya? Kita hidup nie pun kerana cinta Allah kepada kita, semua nikmat yang kita dapat nie kerana cinta dan sayangnya Allah kepada kita. Tapi kenapa pulak bila Cinta di sentuh ada yang cakap "Cinta? apa barang tu beb?" Nie versi rock "Cinta? eauuuuu tak main lan cinta cintun nie, gelilah"<-- Versi orang yang tak pernah bercinta "Cinta? saya benci cinta, cinta buat saya menderita, cinta buat saya gila, cinta buat...." Ehhh stoppp!!! erkkk tu versi orang putus cinta dan tak bersyukur namanya... hahahaha kenapa aku kata macam tu? Sebab Cinta tak pernah kita jadi lemah, cinta tak pernah pun buat kita merana, semua itu terjadi kerana kita yang berfikiran macam tu? Aku cakap macam aku tak pernah putus cinta bukan? Sapa kata aku tak pernah putus cinta? Kerana aku pernah putus cinta lah maka aku dengan berani nya mengeluarkan statement macam tu. Sebab aku dah ada pengalaman. Rasa sedih tu memang kadang-kadang kita perlu rasa, supaya kita sedar kelemahan dan kekurangan, supaya kita boleh sedar yang hidup yang penuh nikmat nie kadang-kadang nikmat tu Tuhan ambik sekejap, sebab nak uji kita.

Apapun aku sebenarnya salute dengan Samdong dalam drami nie, kerana dia telah membuktikan kerana cinta dia semakin kuat. Walaupun perempuan yang dia suka tu sukat kat orang lain tapi dia tak peduli pun, ni lah contoh cinta sejati. Jangan pulak korang kata cinta macam nie tak wujud k. InsyaAllah korang akan jumpa cinta yang macam nie untuk korang, insyaAllah untuk aku pun :D dan untuk sesiapa yang cinta nya macam Samdong di harap bersabarlah ye, insyaAllah kalau dia untuk kamu maka akan bersama tapi kalau tak makna nya ada lah tu yang lebih baik untuk kamu.. Apapun layan dulu video di bawah...


No comments: