Wednesday, March 24, 2010

Artikel Saiful Islam

Terasa air mata seperti mahu mengalir tika artikel Saiful Islam  ini ku baca. Terasa kepayahan dan pengorbanan yang di lakukan terlalu besar berbanding pengorbanan yang aku lakukan sekarang. Terasa diri terlalu lemah tika ujian hidup Tuhan berikan sebagai anugerah aku adalah hambaNya.


Hidup kena FIKIR positif. Cabaran bukan masalah. 

Seharusnya, walau seberat mana pun yang kita hadapi adalah wajib bagi setiap insan itu untuk kembali kepada pencipta. Bukan untuk memohon supaya masalah tidak akan pernah wujud lagi dalam hidup kita tapi untuk memohon, supaya walau apa pun yang terjadi mudah-mudahan Allah memberikan kesabaran, ketenangan, ketabahan dan di permudahkan masalah yang kita hadapi. Amin... 

Syukur Alhamdullillah, tika aku merasakan yang aku kehilangan arah seperti sekarang aku terbaca artikel yang membantu semangat hidupku. Memang benae, sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Dia akan memberikan nya kepada sesiapa yang dia kehendaki. Mudah-mudahan aku adalah salah seorang dari hambanya yang tidak pernah putus-putus di berikan hidaya oleh Nya. 

"sesungguhnya Allah S.W.T malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa ketika seorang hamba berdoa kepada Tuhannya." 

Riwayat 
HR Abu Daud, Tirmizi 

Jika benar aku menyanginya, maka harus untuk aku kembali kepada Allah ku bermohon untuk di berikan petunjuk adakah benar dia adalah untukku. Orang akan bersama dengan ku apabila ujian di berikan dalam hidupku. Orang yang benar-benar ikhlas menyayangiku dan menerimaku untuk bersamanya. 

No comments: