Sunday, March 21, 2010

cinta dulu cinta sekarang

"cinta dulu-dulu, cinta malu-malu, cinta dulu-dulu memang susah dapat bertemu, nak kata apa pun tak tahu, tegak berdiri tersipu-sipu, seram sejuk kaku membisu" Begitulah bait-bait lagi nyanyian Tan Sri S.M Salim, Cinta Dulu, Cinta Sekarang yang satu ketika dulu sering menjadi siulan arwah ayah hingga saya sendiri ikut menyanyi. Lagu tersebut mengajar kita mengenal keteguhan CINTA dulu dan kerapuhan cinta sekarang. Lihat sahaja begitu banyak kes perceraian bersilih ganti di Mahkamah Syariah negara kita. Tahun lalu sahaja berapa ramai para artis kita turun naik mahkamah menyelesaikan kes perpecahan rumah tangga masing-masing. Ish ... kes-kes mereka ini sering kali buat anak dara macam saya takut nak mendirikan rumah tangga. Seram nak menghadap ujian rumah tangga. Bukanlah saya tak nak kahwin, tapi saya perlu siapkan diri serapi mungkin sebelum nak melangkah ke alam yang mungkin membahagiakan atau sebaliknya, hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui

Kelmarin, saya dan buah hati bercadang nak ke shopping mall d Shah Alam yang mengadakan "handphone fair". Melangkah ke handphone fair, saya turuti setiap langkahnya dan saya hanya sekadar mencuci mata. Saya student yang masih bergantung duit PTPTN sementelah saya memang tidak begitu berminat dengan pelbagai gadget-gadget terkini yang pada saya memeningkan kepala. Handphone buat saya cukup sekadar boleh bercakap. MMS, SMS, dengar lagu dan tangkap gambar sikit, kira oklah. Lenguh kaki dan panas saya gagahkan juga sebab saya lihat dia begitu berminat dan bersungguh-sungguh mencari. Akhirnya dapat juga dia mengenggam Blackberry idamannya dengan muka tersengih-sengih macam Panda negara China. Sementara kami duduk makan, saya membelek Blackberry tersebut dan dia bertanya 'kenapa?'. Saya tersenyum dan menggelang "you don't know how to use it, don't you?" Tulah, lain kali rajin sikit baca perkembangan teknologi, nanti buta teknologi, laptop yang awak guna buat tesis tu kan teknologi. "Saya tak minat" jawab saya. "Cubalah minat, macam awak minat fesyen, artis, balasnya. "Teknologi memang boleh diikut tapi bukan untuk di paksa. Sayang saya kat awak tak ukut pakai handphone ni kan?" saya membalasnya ddengan satu ayat yang buat saya teringat pada mak di kampung. Saya masih d bangku sekolah ketika itu, arwah abah belikan mak handphone menggnatikan telefon rumah. Abah ajar mak bagaimana nak menaip mesej, abah cakap mudah baginya kalau dia sedang mesyuarat, tak perlu jawab panggilan mak kalau ada perkara penting. Satu hari balik dan ketawa sakan, katanya mak asyik hantar mesej kosong. "Dah diajar taip mesej tak faham-faham, habis kredit macam ni, duit tu," kata abah. Mak tarik muka masam, saya tahu mak terasa. Mak macam saya lembab sikit dengan teknologi. Saya dekati mak dan katakan padanya yang saya boleh ajar mak taip mesej kalau mak nak. Muka mak sedih sangat, mak cerita pada saya yang mak lebih selesa menggunakan telefon rumah, mak memang tak pandai menaip mesej, mak lebih senang dengar suara abah. "Macam mana kalau ada emergency."tanya saya. Telefon rumah dah tak cukup. Dulu waktu mula kahwin pun tak ada handphone, abah out station abah pakai public phone telefon mak. Waktu bercinta dulu abah dengan mak pakai surat. Mak lagi suka keadaan macam itu. "Dulu lain mak", tambah saya. Sambil menghela nafas mak menerangkan, dulu waktu abah tak ada handphone bila mak dan abah selisih faham, abah akan keluar rumah. Mak di rumah, akan fikir apa salah mak sampai mereka berselisih faham dan perkara yang sama terjadi pada abah. Bila abah balik rumah, masing-masing akan minta maaf sebab dah fikirkan kesilapan diri sendiri. Sekarang kalau mak pandai taip mesej, bila mak abah bergaduh dan abah keluar rumah, mak akan sambung pergaduhan dengan menghantar mesej, abah balas. Kalau macam itu, bila abah dan mak nak berbaik. Mungkin sebab tu orang sekarang mudah bercerai, mak tak nak hilang abah hanya disebabkan oleh handphone. Tanpa kami sedar, abah sedanf mendengar perbualan kami. Abah sedang mendengar perbualan kami. Abah bersuara, katanya tak mengapalah kalau mak tak nak pakai handphone, abah tak memaksa kerana kasih sayang mak pada abah tak diukur dengan teknologi. Saya  sendiri seolah-olah dapat merasakan kemanisan kasih sayang yang mereka bina.

Teman lelaki saya terkedu apabila saya menceritakan peristiwa itu dan dia langsung meminta maaf kerana terlalu memaksa saya meminati perkara yang tidak saya suka. Jangan  menganggap pasangan anda bodoh atau buta teknologi jika dia tidak tahu mengenainya. Ajari dia dengan sabar kerana tidak semua perkara yang menjadi kesukaan anda. Jangan marah jika dia tidak berminat kerana setiap pasangan ditemukan daripada dua cara hidup yang berbeza. Walaupun kita berada di era teknologi yang pantas berubah, ada kalanya kita perlu memandangke belakang mengikut cara orang tua kita yang hidup tanpa apa-apa kemudahan satu ketika dulu. Susah bagaiman sekalipun hidup mereka bahagia, adatlah jika ada yang tergigit lidah. Jika anda ingin bersama pasangan anda, cubalah bertoleransi, cuba berkongsi minat dan kiranya tidak boleh, jangan sesekali memaksa.

Saya pernah melihat mak begitu lamak berdoa di atas sejadah. Mak katakan yang mak berdoa untuk arwah abah, dengan cara ini mak dapat rasa macam mak berhubung dengan arwah abah. Tak perlu pakai telefon pun mak boleh call abah, kata mak sambil ketawa. Saya  terfikir begitulah hebatnya cinta dulu, tanpa teknologi mereka sentiasa merasakan kasih sayang yang diikat. Hubungan suci itu tetap terjalin walaupun salah seorang daripada mereka tiada, kerana hati murni. Mereka ikhlas dalam percintaan. Mengungkap bait-bait terakhir lagu Tan Sri S.M Salim yang mengisahkan keadaan cinta dulu-dulu, cinta mereka tidak pernah renggang, hanya "cangkul dan tanah memisahkannya".

kata wanita
EH~ bulan feb 2010

No comments: