Thursday, May 20, 2010

Balancing

Coba untuk mengimbangi emosi dan pemikiran.... 

Sesak dada menahan pilu, berat mata menahan air mata, berat mulut untuk meluahkan. Aduhai sayangku,apa yang mahu di perjuangkan dengan pergaduhan. Apa yang mahu di terangkan dengan emosi? Apa yang mahu di perjelaskan dengan pengakuan yang tidak jujur? 

Hal yang kecil di perbesarkan, hal yang mudah di persulitkan. Lebih senang menunding jari dari mengaku hakitkat sebenar. Lebih senang membuat pelbagai andaian dari berbincang secara faktanya. Lebih mudah mengaku yang auta dari fakta. 

Mengapa harus di menangkan ego yang tak terjulang? Mengapa harus di buai emosi yang sedang menggelodak jiwa?

Aduhai sayangku, penat sudah bertingkah lidah, penat sudah mencari fakta untuk menyokong emosi. Kendurkan sedikit ego kita, bukan untuk mengalah, tapi kenanglah apakah berbaloi untuk bertikam lidah, bermasam muka sedangkan kita pernah ada kenangan yang lebih manis dari madu? 

Benar, kataku juga tidak mampu untuk mengendurkan amarahmu, Benar, sayangku juga tidak mampu untuk menundukkan ego mu, Benar, biarlah kamu merasakan dirimu juara... Biarlah kamu yang mengemudi haluan kita. Aku merasakan aku sudah menunaikan janjiku padamu, memang aku tidak mampu untuk memberikan setiap yang terbaik dalam setiap yang berlaku, tetapi aku tentunya berusaha sedaya ku untuk memaklumkanmu yang aku sentiasa coba untuk memahami kehendakmu, yang aku sentiasa inginkan yang terbaik untukmu, yang aku sentiasa mencoba untuk membuat mu bahagia. 

No comments: