Seorang kawan saya pernah berkata "Kamu memang cinta kepada CINTA"
Sebab nya bukan kerana saya terlalu cinta akan cinta, tetapi cinta itu lahir dari HATI... kerana itulah sebab mengapa saya pilih tajuk blog saya adalah Cinta & Hatiku. Kerana cinta dan hati itu adalah perkara yang berkaitan.
Jika mahu menilai manusia itu samaada baik atau sebaliknya, adalah bergantung kepada HATI nya. Memang, memang benar sebagai manusia kita bukan hanya di kurniakan hati tetapi HATI adalah tunggak utama kita sebagai manusi seperti mana yang di terangkan oleh Saiful Islam dalam blog nya.
Saya sentiasa berdoa semoga hati saya cukup kuat untuk menyebarkan kasih sayang yang sepenuhnya keseluruh dunia. Supaya manusia pada zaman sekarang lebih memahami apa itu HATI, apa itu KASIH SAYANG.
Sesungguhnya, saya sentiasa berdoa supaya doa yang hati saya selalu ucapkan diperkenankan Allah. Amin...
No comments:
Post a Comment