Banyak nye undangn majlis kawen... Hampir tiap bulan ada, tak pun majlis bertunang ke dan yang sewaktu dengan nyalah. Balik-balik kampung ade je dengar majlis kawen. Aku yang tersensitif ke atau sekarang memang ramai orang kawen. Nak naik rimas pun ada lah jugak. Ye lah cemburu pun ada jugak, penat nak pergi kenduri pun ada jugak. Mana tak cemburu dek oi, orang time-time umur cam aku nie lah masing-masing dah ada steady boyfriend girlfriend. Aku still gak sibuk dengan assignment nye lah, kelas nya, business photographer nye lagi, mak bapak aku pun still nak masa aku jugak, kawan-kawan aku lagi. Sampai tak tersenarai part kawen tu kat mane.
That make things worse is macam-macam hal orang kawen yang aku tengok dan lihat sendiri depan mata. Aku kalau dengar boleh lagi tak caye, tapi kalau dah depan mata kau tak nak caye pun kena caye gak. Betul orang kata marriage life nie memang gamble ada org beruntung ada orang tak. Hidup nie kan lain orang lain dugaannya. Tak boleh nak samakan dengan orang lain. Tapi tipulah kalau aku tak terinfluenced dengan masalah-masalah sejagat disekeliling aku. Aku nie nampak je macam tak kisah di luar but trust me i am a typical girl. Memang orang kata, zaman sekarang nie perempuan dah boleh sama hebat dengan lelaki tapi bagi aku lelaki itu maseh yang teratas. Bukan kerana kuasa nya tapi kerana lelaki memang dilahirkan untuk memimpim, menjadi rujukan wanita-wanita, pelindung wanita-wanita. Memang lah cik kak oi, ada banyak orang kat luar sana kata, i got money, i got car, i got education, saya ada apa yang lelaki ada (material + education) so maksudnya i boleh hidup tanpa lelaki. Saya tak kisah kalau tiba-tiba suami saya nak ceraikan saya. Dia yang buat salah, saya peduli apa. Nauzubillah... Sedih bila seorang isteri dengan senangnya berkata sedemikian. Aku yang sedih tapi kenapa yang mengucapkan langsung tak merasa kesedihan? Macam aku pulak yang dah kawen...
Ye, mungkin secara material nya, aku boleh berdiri atas kaki sendiri. Ade kereta sendiri, ade rumah sendiri tapi aku tetap memilih untuk bersama lelaki yang aku panggil suami. Yang menjadi orang terpenting dalam hidup selepas Allah, Nabi dan Agama. Sound funny right? Very typical :P *malu* Aku mahu bersyukur dengan apa yang menjadi kemampuan suamiku, aku mahu mempertahankan dengan sedaya upaya rumah tanggaku. InsyaAllah... Mungkin tak sesempurna mana, tapi InsyaAllah sedaya yang mampu. Dan aku bermohon, sekiranya Allah menemukan aku jodoh, biarlah dia seseorang yang selayaknya menerima sacrifice yang aku lakukan. Dan biarlah aku orang yang layak menerima sacrifice yang telah dia lakukan. Mungkin kami akan jumpa lewat sikit tapi InsyaAllah jumpa but the most important thing is kami tetap bersama sampai syurga. I don't say you need to be perfect, tapi biarlah sama-sama mahu berubah kearah kebaikan. Saya rasa itu lebih baik. Yang bertanggungjawab atas tanggungannya (isteri + anak2) yang bukan mudah melepaskan cerai di mulut. Yang sama-sama berusaha to cherish the marriage i think that is enough. I know who says material do not important, but who says materials is everything?
No comments:
Post a Comment