Thursday, August 25, 2011

Mangsa keadaan

Pernah tak korang jadi mangsa keadaan? 

Tak tahu hujung pangkal last2 nama korang yang busuk.. 

Itulah namanya dugaan. Benda yang di luar dugaan, its beyong our control. Dan Allah dah pilih kita untuk mengalaminya kerana Dia lebih tahu setakat mana kemampuan kita. It's hurt. Seriously it is hurt me a lot. And i can say i loss my weight because of that. I really wanna ask him, why he choose me as his victim? Sedangkan kat luar tu melambak lagi yang lebih cantik, lebih kaya, ada pangkat. But why dia pilih untuk burukan nama aku kat blakang? Tapi bila fikir2 balik lebih baik serahkan pada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang berlaku. He will let me know the secret if He wants. Aku berserah dan bertawakkal pada Nya... Biar aku mengadu hanya padaNya... Biar Allah saja yang mengetahui apa perasaan aku sekarang nie. Kalau ikutkan hati nak je aku balas balik semua perbuatan dia kat aku, tapi tak de maknanya pun aku nak buat macam tu. Aku serahkan segala-galanya pada Allah.. Biar Dia yang membalas segala kesakitan yang dia dah buat pada aku. Kerana Allah sebaik-baik pemberi balasan, tidak akan pernah kurang dan lebih walau seinci pun. Semoga apa yang berlaku sekarang nie bukan setakat memberi pengajaran kepada aku sendiri tapi kepada people around me... InsyaAllah.. 




Tuesday, August 9, 2011

Nikah, cerai & Rujuk

Banyak nye undangn majlis kawen... Hampir tiap bulan ada, tak pun majlis bertunang ke dan yang sewaktu dengan nyalah. Balik-balik kampung ade je dengar majlis kawen. Aku yang tersensitif ke atau sekarang memang ramai orang kawen. Nak naik rimas pun ada lah jugak. Ye lah cemburu pun ada jugak, penat nak pergi kenduri pun ada jugak. Mana tak cemburu dek oi, orang time-time umur cam aku nie lah masing-masing dah ada steady boyfriend girlfriend. Aku still gak sibuk dengan assignment nye lah, kelas nya, business photographer nye lagi, mak bapak aku pun still nak masa aku jugak, kawan-kawan aku lagi. Sampai tak tersenarai part kawen tu kat mane.

That make things worse is macam-macam hal orang kawen yang aku tengok dan lihat sendiri depan mata. Aku kalau dengar boleh lagi tak caye, tapi kalau dah depan mata kau tak nak caye pun kena caye gak. Betul orang kata marriage life nie memang gamble ada org beruntung ada orang tak. Hidup nie kan lain orang lain dugaannya. Tak boleh nak samakan dengan orang lain. Tapi tipulah kalau aku tak terinfluenced dengan masalah-masalah sejagat disekeliling aku. Aku nie nampak je macam tak kisah di luar but trust me i am a typical girl. Memang orang kata, zaman sekarang nie perempuan dah boleh sama hebat dengan lelaki tapi bagi aku lelaki itu maseh yang teratas. Bukan kerana kuasa nya tapi kerana lelaki memang dilahirkan untuk memimpim, menjadi rujukan wanita-wanita, pelindung wanita-wanita. Memang lah cik kak oi, ada banyak orang kat luar sana kata, i got money, i got car, i got education, saya ada apa yang lelaki ada (material + education) so maksudnya i boleh hidup tanpa lelaki. Saya tak kisah kalau tiba-tiba suami saya nak ceraikan saya. Dia yang buat salah, saya peduli apa. Nauzubillah... Sedih bila seorang isteri dengan senangnya berkata sedemikian. Aku yang sedih tapi kenapa yang mengucapkan langsung tak merasa kesedihan? Macam aku pulak yang dah kawen...

Ye, mungkin secara material nya, aku boleh berdiri atas kaki sendiri. Ade kereta sendiri, ade rumah sendiri tapi aku tetap memilih untuk bersama lelaki yang aku panggil suami. Yang menjadi orang terpenting dalam hidup selepas Allah, Nabi dan Agama. Sound funny right? Very typical :P *malu* Aku mahu bersyukur dengan apa yang menjadi kemampuan suamiku, aku mahu mempertahankan dengan sedaya upaya rumah tanggaku. InsyaAllah... Mungkin tak sesempurna mana, tapi InsyaAllah sedaya yang mampu. Dan aku bermohon, sekiranya Allah menemukan aku jodoh, biarlah dia seseorang yang selayaknya menerima sacrifice yang aku lakukan. Dan biarlah aku orang yang layak menerima sacrifice yang telah dia lakukan. Mungkin kami akan jumpa lewat sikit tapi InsyaAllah jumpa but the most important thing is kami tetap bersama sampai syurga. I don't say you need to be perfect, tapi biarlah sama-sama mahu berubah kearah kebaikan. Saya rasa itu lebih baik. Yang bertanggungjawab atas tanggungannya (isteri + anak2) yang bukan mudah melepaskan cerai di mulut. Yang sama-sama berusaha to cherish the marriage i think that is enough. I know who says material do not important, but who says materials is everything?