Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap merindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptakan begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya: ‘ jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka akan semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu, hati separuh kaca, kuatkan dengan iman, perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan..“Lebih banyak lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.”
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak bos telah kehilangan setiausaha, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita..
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.Apabila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung,tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.Jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam..
Thursday, June 17, 2010
Wednesday, June 9, 2010
Isn't
Seeing people change isn't what hurt, what hurts is remembering whot they used to be.
Dan lama sangat saya tak kemaskini blog ini. Bukannya tak ada benda nak di ceritakan tapi tiap kali tangan saya menekan papan kekunci ini, hilang semua idea. Keyboard ni dah telan semua cerita saya ke? Atapun keyboard ni dah telan semua inspirasi saya nak menulis?
"Kalau masih ada sayang, insyaAllah perpisahan akan lebih menguatkan kasih sayang"
Betul ke macam tu? Kalau betul saya pun berharap benda yang sama. Dia sungguh berbeza dari orang yang saya kenal sebelumnya. Perwatakannya, tingkah laku nya, caranya. Sungguh, dia sentiasa buat saya senang berada denganya. Perpisahan ini membuat saya merasakan dia makin dekat dengan saya. Dekat dan lebih dekat dalam hati saya.
Saya cuma berharap dan berdoa tiap kali saya teringatkan dia, supaya Allah sentiasa menjaga dia, keluarganya, ibu bapanya, di berikan kekuatan kepada hati dan jiwanya untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup, di murahkan rezeki untuknya, di permudahkan segala urusan sehariannya, dan di percepatkan jodoh yang baik untuknya, seseorang yang boleh menjaga dia dengan baik, yang boleh menjaga keluarganya dengan baik, anak-anaknya dengan baik. Amin.
Saya bukan berhenti menyayanginya, saya cuma berhenti menunjukkan sayang saya pada dia. Kerana saya mahu dia bahagia walaupun bukan dengan saya. Saya menerima takdir yang Tuhan tentukan untuk saya. Kerana Agama tetap pilihan saya yang teratas. Andai sebelom ini, saya mungkin tidak pernah bekorban apa-apa untuk agama saya, tapi biarlah kali ini saya bekorban untuk nya, walaupun terpaksa melepaskan orang yang saya sayang. Kerana agama saya adalah kehidupan saya. Semoga Allah merahmati keputusan saya ini... Amin..
Dan lama sangat saya tak kemaskini blog ini. Bukannya tak ada benda nak di ceritakan tapi tiap kali tangan saya menekan papan kekunci ini, hilang semua idea. Keyboard ni dah telan semua cerita saya ke? Atapun keyboard ni dah telan semua inspirasi saya nak menulis?
"Kalau masih ada sayang, insyaAllah perpisahan akan lebih menguatkan kasih sayang"
Betul ke macam tu? Kalau betul saya pun berharap benda yang sama. Dia sungguh berbeza dari orang yang saya kenal sebelumnya. Perwatakannya, tingkah laku nya, caranya. Sungguh, dia sentiasa buat saya senang berada denganya. Perpisahan ini membuat saya merasakan dia makin dekat dengan saya. Dekat dan lebih dekat dalam hati saya.
Saya cuma berharap dan berdoa tiap kali saya teringatkan dia, supaya Allah sentiasa menjaga dia, keluarganya, ibu bapanya, di berikan kekuatan kepada hati dan jiwanya untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup, di murahkan rezeki untuknya, di permudahkan segala urusan sehariannya, dan di percepatkan jodoh yang baik untuknya, seseorang yang boleh menjaga dia dengan baik, yang boleh menjaga keluarganya dengan baik, anak-anaknya dengan baik. Amin.
Saya bukan berhenti menyayanginya, saya cuma berhenti menunjukkan sayang saya pada dia. Kerana saya mahu dia bahagia walaupun bukan dengan saya. Saya menerima takdir yang Tuhan tentukan untuk saya. Kerana Agama tetap pilihan saya yang teratas. Andai sebelom ini, saya mungkin tidak pernah bekorban apa-apa untuk agama saya, tapi biarlah kali ini saya bekorban untuk nya, walaupun terpaksa melepaskan orang yang saya sayang. Kerana agama saya adalah kehidupan saya. Semoga Allah merahmati keputusan saya ini... Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)