Wednesday, November 9, 2016

9 November 2016

Bismillah...

Setelah berpuluh-puluh purnama berlalu, setelah beribu kali ombak menghempas pantai, setelah berjuta kali bumi ini ditimpa hujan, barulah ini aku menulis kembali di blog ini.

Rindu.
Masih begitu. Sesetia bintang pada malam. Sesetia permata dengan cincinnya. Sesetia gula dengan kopinya.

Harus apa yang aku perlu mulakan?

Suami?

Anak?

Aku maseh menulis seperti dulu. Tapi penulisan itu lebih kepada puisi ringkas tapi lebih aku isikan hati dan perasaan aku didalamnya. Lebih aku sembunyikan untuk siapa dia ditujukan, tujuaan nya apa. Kerana aku lebih selesa meluah dengan berlapik.