Monday, April 19, 2010

Haikal, saya hanya manusia sempurna

Haikal... 
Saya adalah manusia biasa 
yang sebenarnya sentiasa berdoa kamu adalah
peneman hidup saya 
Haikal... 
Saya adalah manusia biasa yang sebenarnya mahukan 
kamu sebagai pelengkap bagi menutup
kekurangan dan kelemahan saya 
Kerana saya adalah manusia biasa
jadi 
Kasih dan cinta saya juga biasa saja 
oleh kerana itu saya mahukan kamu bersama saya 
supaya kita boleh memupuk cinta bersama 
dan 
menjadikan CINTA kita cinta luar biasa
sesungguhnya 
saya tidak mengetahui adakah kita mampu untuk bersama
kerana saya tidak tahu 
suratan jodoh saya
Haikal... 
Saya tidak pernah tahu adakah ada saya sentiasa mampu bersabar 
atas dugaan yang Allah berikan kepada kita 
tapi saya berjanji yang saya 
akan sentiasa berdoa 
sekiranya kamulah yang terbaik untuk saya 
mudah-mudahan Allah mempermudahkan segalanya 
supaya Allah sentiasa memberikan saya 
kesabaran dan ketenangan 
supaya 
Allah memberikan kekuatan kepada saya 
untuk melawan dugaan yang 
bakal kita tempuhi... 
mengertilah Haikal 
kerana saya manusia biasa...