Ada dapat interview untuk SPA minggu-minggu depan... Lagi 2 minggu lah... Aku tak tahu aku nak terima ke tak. Sebelah kata ya, sebelah lagi kata errrrrr...
Memanglah gred nya masih sama cuma skop tugas tu dah berbeza... Yang aku mintak nie memang yang aku suka tapi kadang-kadang yang kita suka tu tak semestinya yang terbaik untuk kita kan kan kan? Tapi kalau tak terbaik takkan Tuhan bagi rezeki ni untuk aku kan? hrmmm
Ye lah walau pun orang kata "pergi lah interview tu dulu kerja tu pun tak tahu dapat ke tak" tapi masalah nya kalau dah tak nak tak yah lah nak buat preparation untuk interview tu macam nak rak, kalau dah buat tapi tak dapat lain cerita. Masalahnya kalau aku tak nak kerja ni tapi buat preparation pastu dapat lepas tu tolak macam ganggu rezeki orang lain jer.. baik dari awal2 aku buat2 tak nak terimak... So orang tu pun tak berharap yang aku akan terima kerja nie betul tak dan orang lain yang lebih memerlukan itu pun terbela nasibnya...
Kalau aku stay kerja kat UNIMAS - aku ada elaun untuk klinik, tak yah risau pasal sewa rumah, tak yah risau macam mana dengan study lagi sebab rumah dekat dengan UiTM, tak yah risau tiket nak balik kuching, bila2 boleh balik kampung,
kekurangan nya: Sekarang nie aku tak di provide PC, kerja nie macam aku tak berapa nak suka, aku rasa terbeban dengan amanah yang senang tapi kadang-kadang aku susah nak laksanakan, then boss tanya "kerja senang pun tak dapat buat ke?" ermmm jangan salah anggap ye saya tak ambik hati pun... kat cne susah nak naik pangkat, susah nak dapat elaun untuk study, sebab orang kat sini berebut-rebut nak sambung blaja...
kalau pilih SPA: fully federal aku rasa tu jer yang aku tahu... dan aku suka kerja dengan mahkamah, dari dulu lagi aku bercita-cita nak jadi peguam, nak dudok dalm environment mahkamah dan sebagainya tapi tulah tak tahu lagi environment yang sebenar
kekurangan: gaji sama jer dengan gaji aku sekarang, jauh dari keluarga, high cost d KL tinggi, kena risau dengan study lagi, akan banyak kerja, akan kerja dengan hakim2 dan segala lagi berkaintan kes2... ermmmm
kalau aku pilih SPA macam tu bukan pilihan yang tepat tapi entahlah... tak dapat nak decide kena cari maklumat sebanyak mungkin dulu then baru dapat decide.. then berdoa banyak2
Friday, April 15, 2011
Friday, April 8, 2011
a TRILLION sorry
Why when we care a lot about their feeling eventually we hurt them? Sedangkan our first intention memang tak sanggup nak lukakan hati sesiapa pun.
Tuan Momo yang terpaksa di lukakan hati nya. Saya TERPAKSA, and swear it hurt me a lot, but i know i have too. The condition is, aku yang tak mampu nak pretend that i feel OK every time he texts me or called me. Cause i can't pretend that we're friend sedangkan secara fakta we EX couple. Maaf Tuan Momo saya tak mampu untuk berbuat seperti mana yang pernah awak lakukan sebelum ini... sememangnya saya terpaksa untuk bergaduh, terpaksa buat awak marah saya, terpaksa buat segala-galanya yang menyakitkan hati awak, terpaksa buat awak BENCI saya, terpaksa buat awak kena lupakan saya. Sebab saya tak ada kekuatan untuk tinggalkan awak. Sememangnya saya tak ada kekuatan untuk cuma beranggapan yang kita cuma mampu setakat berkawan. When you said that "perhubungan kita ini memang tak akan dapat pergi kemana-mana pun, dan kita hanya dapat untuk berkawan" It feel a whole world on top of me. Sesak. Tak bernafas. Hilang kata-kata. Tapi itulah fakta nya. Funny kan, kadang-kadangkan kita tahu itulah yang akan berlaku, tapi when we heard people saying it out kita seolah-olah tak mampu nak menerima, kenape erk? Sedangkan itulah yang sebenarnya... but why i HATE to hear that? but why it make me cry when u saying that? whyyyyyyyyyyyyyyyyy???????? *sob sob*
Tuan Momo, saya minta maaf ye, saya tak dapat terima kewujudan DIA walau beribu kali awak kata yang kita nie kawan. Saya cuma tak dapat, saya tak mampu. Jadi saya ambik keputusan lebih baik saya buat awak macam nie, sekurang-kurangnya saya rasa kesakitan and that makes feel alive compare to pretend that i your friend dan tak memijak pada bumi nyata, sentiasa di awangan bersama mimpi yang tak akan pernah jadi kenyataan pun.
Sebenarnya, aku pun tak tahu keputusan aku nie betul ke tidak. Yang aku tahu aku berserah jer segala-galanya pada Allah. Sesunggunya Allah sebaik-sebaik pertolongan. Aku yakin DIA tahu apa yang terbaik untuk aku, dan sesungguhnya aku tak pernah berjumpa dengan orang yang salah, dan terutama Tuan Momo.
Dan buat Momo, kau kena jaga tuan kau baik-baik tau! Penat aku cari tuan kau. Aku memang tahu yang aku tak akan pernah dapat jaga dia pun, so aku amanahkan dia pada kau. Aku akan jadi kawan dia satu hari nanti sebab aku tak bermusuh dengan sapa-sapa pun cuma yang pastinya bukan sekarang. Selagi aku masih sayang dia aku rasa slagi itulah aku rasa lebih baik aku berdiam diri dari dia.
So all i can do now, STAY POSITIVE!!! itu je yang harus aku buat sekarang... i know it is hard but at least it is worth! FIGHTING efa!!! You can do it!!!
Monday, March 28, 2011
Dalam kepeningan kepala
Aku sedih nie. Tapi sedih dalam hati je... Kat luar hati tak sedih.. *boleh ke macam tu?* Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku sedihkan. Apa yang pasti nya aku mengalami kesedihan yang terlampau sehingga tak boleh nak menangis. Ha itulah tanda-tanda kesedihan aku di tahap kritikal. Bila selera mengurang tapi masa tido bertambah itu juga salah satu tanda aku berasa dalam keadaan yang sangat sedih dan tertekan. Aku sendiri pun hairan sebenarnya penyebab sebenar aku sedih. Setakat tuan momo tu dah tak de ada hubungan yang serius dengan aku pun nak sedih macam gler ke? Patut ke? Ermmmm putus kaseh je kot.. Tak kan nak sedih sangat kot.. Tapi well, aku pun manusia gak, even aku nie nampak macam 48 jam happy jer tapi dalam hati tak dak sapa tahu.. *terkeluak pulak slang kedah, padahal orang SARAWAK. aku ulang, aku originally org Sarawak.. cuma kamek sik tulis bahasa sarawak jak, kelak kitak orang sik faham*
He may not see me i'm hurt,
He may not see my cries,
but everytime he acts he don't care.. i die inside
Well, balik kepada cerita sedih aku nie tadi... Perasaan nie kan susah kan kite nak agak.... hari ni boleh lah kate tak suka, kata tak kisah tapi esok-esok tak tahu lagi. Itulah... nama pun manusia kan? Bila aku text tapi dia tak reply, i call dia tak angkat sapa cakap aku tak sedih. Sedih sebenarnya cuma tak leh nak merengek macam dulu... Pak we orang kot! GILA ape! Aku tak delah nak tujuan apepun tulis nie, saje je nak luah kan perasaan sedih nie jer. Yelah dah tak de kawan kan? Jadilah blog nie kawan aku. Bukan aku tak de kawan, tapi aku malas nak cite dengan sesape, nanti bosan pulak kawan-kawan aku dengar asyik cakap rindu dia jerrr. Blog tak pandai komplen lagi satu,. dugong aku pun tak pernah komplen. Walau semua kawan-kawang aku yang mengenali dugong *husna kata ikan basi* [c*****k] betul tapi itulah sebab aku sayang sangat dengan dugong terdampar itu. Sebab hanya dia lah tempat aku mengalirkan air mata kalau mata aku nie dah tak larat nak tampung hujan. Kalau tak de teman tido macam dulu-dulu maklumlah adik beradik aku nie tak banyak, so setiap sorang akan dapat bilik sendiri, so kena tido sorang, dugonglah yang temankan aku tido. Time hujang yang sangat lebat di tambah kilat dan guruh yang menakutkan hanya dugonglah peneman setia.
Kira-kira rupanya dah lebih setahun aku terbiasa ada dia. Ada orang tolong tiupkan makanan yang panas. Lidah aku nie sensitif tahap gaban sikit, memang tak leh nak telah makanan yang panas, even orang lain kata dah tak panas, lidah aku still tak leh terimak kalau makanan tu tak cukuo sejuk. Bukan sengaja nak buat-buat manja tapi dah fitrah aku macam tu tak leh nak kata apa. So sekarang memandangkan tak de orang yang aku sejukkan makanan aku lagi aku buar solution dengan mempraktiskan ledah aku dengan minum minuman yang panas, aku letak dalam tumbler *yang boleh tahan panas, tumbler nie boleh beli d COSWAY, murah jer.. RM 16 kalau ali* Nie lah salah satu jara yang aku belajar balik untuk independent. Nanti tak delah kenak tunggu dengan lamanya makanan tu nak sejuk. Tapi sebenarnya tak delah berjaye sangat pun. Hari-hari pun aku buat, tak de nyer lidah aku nie. Melecur pun melecur lah.. Malas nak layan manja lidah aku nie.
Semalam aku temankan housemate aku nie pergi Guardian. Terasa sedih pulak, yelah tu tempat wajib setiap bulan kite orang nak beli toiletries. Masuk-masuk jer sana rasa macam sedih sangat, tak tahu kenapa. Tapi yelah sedar kot kali nie aku tak pergi dengan dia dan tak akan pergi lagi dengan dia kot. Dan tiba-tiba macam tak de barang nak beli, padahal sebelom-sebelom nie tak boleh tengok Guardian ade je yang tak cukup kat rumah. Btw itu menjimat kan duit, tapi itulah yang buat aku mengakui kata-kata mak aku yang tersayang. Dia selalu pesan, "Buat ape duit banyak kalau hati tak bahagia? tak kisah berapa banyak duit yang kita ada yang penting bahagia, kalau duit sikit pun, pandai belanja dan ada orang buat kita bahagia itu lebih baik" Well betulalah tu.. aku pernah baca kata-kata yang lebih kurang macam nie lah maksudnya "Tak kisah wat u server for dinner, tapi apa yang pentingn with whom you the dinner" Kemewahan sik menjamin apa jika hati sik bahagia. Pengajaran untuk aku jwak.. MONEY is NOT everything! It is important but doesnt mean tanpa duit yang banyak kau tak dapat nak hidup bahagia. Kadang-kadang dengan kesempitan buat kita lebih menghargai.
Walau macam mana sedih pun dalam hati ini aku akan tetap control ayu biarlah dalam hati aku seperti ribut taufan yang penting tak de orang yang tahu. Dan pengajaran yang aku dapat, kalau korang tok berkaseh tak de salah nya, tapi kena pastikan mak bapak kedua-dua belah pihak approve. Kalau niat tu betul, jumpa je skali dua terus lah bawak jumpa mak bapak, nanti tak delah dah bertahun berkaseh then mak bapak baru find out tup tup tak approve nahas! Kan dah jadi macam aku, tu lah yang namanya menangis tak berair mata. Kalau mak bapak yang jenis OK jer tak pe... siap buat tag celcom lagi "the power is in your hand" itu tak kisah, tapi kalau anda-anda tu tahu mak bapak korang jenis yang macam mana pandai-pandai adjust sendirilah ye. Nanti jangan pulak padan muka macam aku. Yang sakit hati sendiri bukan hati mak bapak kita. Kalau dapat tahan sakit hati tak pe kalau tak tahan, tup tup lepas tu meroyan kuching, tak ke payah. Bukan apa aku kata penting jumpa mak bapak, sebab keberkatan kita pun datangnya dari keberkatan ibu bapa, kalau mak bapak dah tak berkat macam mana tuhan nak berkat? Kalau mak bapak tak berkat sampai kita dah beranak pinak nanti anak-anak pulak tak dapat berkat nenek dan atoknya, tak ke payah macam tu? Nanti jangan pulak kita nak salahkan anak-anak tak dengar kata lah, apalah, itulah salah satu puncanya. Sebab itulah dari aku memikirkan perkara yang lebih teruk baik lah teruk sampai sini sahaja, Jodoh, maut rezeki semua di tangan Tuhan. Kalau ia berkehendakan sesuatu itu terjadi begitu, sapa kita mengkehendakinya berlaku begini?
Be strong now, because things will get better, it may be stormy now but it can't rain forever
He may not see me i'm hurt,
He may not see my cries,
but everytime he acts he don't care.. i die inside
Subscribe to:
Posts (Atom)