Wednesday, January 16, 2013

Dan Mengapa

Dan mengapa harus hatinya yang berubah?
Mengapa tidak cinta dan rasa saya yang memudar?
Mungkin kerana,
Saat istikarahnya,
Hatinya belum cenderung,
Sedang cintamu sudah memenuhi relung -relung hati.
Lalu,
kerana itulah petunjuk datang dari arah berbeza
 

Thursday, January 10, 2013

Jujur Ikhlas

Sejauh mana anda berlaku jujur dan ikhlas terhadap diri anda sendiri?

Terhadap perasaan?

Dan tingkah laku?

Sebelum menunding ke orang lain, tanya diri sendiri cukup ikhlas apa yang aku perbuat ini?

Mungkin aku juga tidak menghayati surah Al ikhlas, yang didalamnya sendiri tiada perkataan ikhlas.

Wednesday, January 2, 2013

A late post

Hari pertama 2013 
 
Happy New Year. Semoga anda semua benar-benar bahagia tahun ini. Sungguh. Saya menyebutnya dari hati yang terdalam.

2012 telah berlalu. Tapi jujur saya akui, masih ada rasa yang tersisa. Belum mampu berlalu seiring berlalunya waktu. Belum punya kekuatan memadam apa yang berlaku tahun semalam.

Tahun 2013, hanya ada doa. Dan janji yang perlu di tunaikan. Tidak ada azam. Ingin menyempurkan azam yang tersisa pada tahun-tahun sebelumnya. Sangat tidak mahu dibebani dengan azam yang baru.
Semoga Allah ampuni saya, ibu bapa saya, rakan-rakan saya, guru-guru saya, ketua-ketua saya, jiran-jiran saya, dan orang -orang yang berbuat kebaikan kepada saya.

#this entry should be posted yesterday, but due to some reason i just post it today.